Thursday, April 28, 2011

Konvoi ke Kuala Kangsar 2011

Salam kepada semua rakan2 retro..
Esok Jumaat, 29 April jam 10.00 malam, kami GpangBumoric aka GPS Bukit Badong akan bergerak ke Kuala Kangsar. Konvoi terdiri daripada 45 jentera Jipang dan x7 akan diiringi oleh 3 buah Hilux bg menjayakan ride kali ini. Penghargaan juga buat team Yamaha Lc135 kerana sudi bergerak bersama kami ke destinasi Bandar Retro dan klasik Kuala Kangsar.

Untuk pengetahuan semua, konvoi kami kali ini adalah dengan kerjasama Belia 4B kawasan Kuala Selangor yg sudi membantu dari segi permit dan sokongan. Terima kasih kepada Belia 4B Kuala Selangor. Pelepasan konvoi kali ini akan dibuat oleh Pengerusi Belia 4B Daerah bertempat di Taman Ijok Utama.

Doakan perjalanan kami selamat pergi dan balik insya allah..

Teriama kasih daun keladi.
Panjang umur berjumpa lagi.

Salam buat semua

No comments: